Visualisasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan C++
Visualisasi merupakan satu teknik penting dan berguna kepada pelajar peringkat sekolah rendah,menengah dan peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan gaya pembelajaran tersendiri pelajar, visualisasi menjadi teknik alternatif yang berkeupayaan membantu pelajar yang sangat lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya keupayaan kognitif mereka.
Keberkesanan visualisasi boleh memberikan makna tertentu dan menerangkan konsep dan rekabentuk sesuatu maklumat atau pengetahuan dengan baik. Butler (1988) telah menggabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom (1956) untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Menurut Butler, gaya pembelajaran secara visual berlaku ketika aras ketiga iaitu aras aplikasi. Pada aras tersebut pelajar mengikuti arahan untuk memahami simulasi; menggambarkan idea secara visual; dan menyelesaikan masalah bagi soalan spesifik. Pelajar cuba mengaplikasi pembelajaran dengan mengikuti panduan dan menyusun semula kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pemahaman mereka.
Keupayaan visualisasi pelajar yang tinggi dapat membantu pelajar membentuk konsep baru dan seterusnya boleh menganalisis pembelajaran pada aras yang berikutnya. Ini disokong oleh kajian M. Daud Hamzah (1999) yang menunjukkan proses visualisasi merupakan antara keterampilan berfikir yang perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar juga akan menjadi lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka. Larkin dan Simon (1987) menyatakan cara bagaimana sesuatu maklumat dipersembahkan atau ditonjolkan banyak mempengaruhi pembelajaran dan pemahaman pelajar. Manakala Casner dan Larkin (1989) berpendapat bahawa persembahan maklumat yang baik dapat mengurangkan jumlah proses kognitif yang berlaku dalam sesebuah pembelajaran.
Visualisasi juga boleh digunakan dalam aspek menyokong pembelajaran penyelesaian sesuatu masalah. Keperluan visualisasi kepada pembelajaran yang kompleks dapat membantu mengurangkan muatan kognitif dengan menggunakan sumber mental dengan adil dan saksama, peralihan tumpuan dan membentuk idea persepsi.

0 Response to "Visualisasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan C++"
Post a Comment