Teori Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan , termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal.

Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia.


Teori Pembelajaran Konstruktivsme

Konstruktivisme adalah teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Tokoh-tokoh Konstruktivisme terdiri daripada Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.

Jean Piaget Seymour Papert Jerome Bruner Lev Vygotsky John Dewey

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Tokoh-tokoh konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai pembinaan mental. Pelajar belajar mencantum maklumat baru dengan maklumat lepas yang diketahui.

Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya dengan situasi baru, mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia ada. Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari pelajar, maka kerangka baru ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajr memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Contoh struktur kognitif adalah skema dan model mental yang menyediakan makna dan mengatur pengalaman serta membenar individu pergi disebalik maklumat yang diberi. Kurikulum hendaklah diatur dalam bentuk spiral agar pelajar terus membina atas perkara-perkara yang telah dipelajari.

Bruner(1966) telah mengariskan bahawa terdapat empat aspek utama dalam teori pengajaran iaitu :

  1. Keadaan mudah terpengaruh ke arah pengajaran (Predisposition towards learning)
  2. Penstrukturan maklumat agar pelajar mudah mencapai maklumat tersebut. (The ways in which a body of knowledge can be structured so that it can be most readily grasped by the learner)
  3. Susunan yang efektif untuk mempersembahkan bahan. (The most effective sequences in which to present material)
  4. Secara semulajadi memberi ganjaran atau dendaan kepada pelajar. Kaedah terbaik bagi menstruktur maklumat seharusnya menghasilkan keputusan yang ringkas, generalisasi pernyataan baru dan meningkatkan manipulasi maklumat (The nature and pacing of rewards and punishments. Good methods for structuring knowledge should result in simplifying, generating new propositions, and increasing the manipulation of information).

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Tokoh-tokoh yang telah memperkenalkan teori behavorisme terdiri daripada

Psikologi(1920's - 1960's)
Behaviorisme: sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku(observable behavior )

Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.

John Watson (1878 - 1958)
John Watson: Tingkah laku berfikir tanpa rujukan
tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response)
keatas penelitian fikiran
psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian (observable behavior )
mental proses
psikologi rangsangan pendorong ( Stimulus-Response psychology)

B.F. Skinner (1904 - 1990)

B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Teori Perlaziman Operan yang diperkenalkannya merumuskan pembelajaran manusia sebagai :

sependapat dengan Watson,semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan psikologi rangsangan pendorong.
menitik beratkan peneguhan dan dendaan
behaviorism berdasarkan akibat
burung merpati(kajian tahun 1953) dan kotak Skinner
Pembelajaran berlaku melalui perlaziman.
Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif.
Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.
Kejayaan dalam proses pembelajaran, Kejayaan dicapai melalui konsep diskriminasi.

Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar.

Ivan Petrovich Parlov(1902)
mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan
asasnya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi.
Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding haiwan kerana manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second signal system'.

Thordike
Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan
Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap
Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

Kesimpulan

Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar; pelajar belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang istimewa mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.


Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence' (pelbagai kecerdasan)

Pendahuluan

anggota badan/kinetik
interpersonel
intrapersonel
logikal/matematikal
musikal/rentak
verbal/linguistik
visual/spartial

Pendahuluan

Gaya pembelajaran seseorang individu berbeza-beza pendekatan antara satu dengan lain. Terdapat beberapa gaya pembelajaran di antaranya ialah secara visual (visual learners), mendengar (auditory learners) dan secara pergerakan, dan 'Tactile/Kinesthetic learners'

Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual biasanya rasa perlu untuk mereka melihat 'body language' dan riak muka guru mereka. Biasanya pelajar-pelajar ini akan duduk di hadapan kelas agar dapat melihat visual keseluruhan guru yang mengajar.

Belajar melalui mendengar, pelajar yang belajar gaya ini biasanya berminat dengan kuliah secara lisan, perbincangan, bercakap dan mendengar apa yang dikata orang. Pelajar akan menterjemah maksud perbualan melalui mendengar nada ton suara, pic, kelajuan dan perbezaan suara.

'Multiple Intelligence' merujuk kepada kepelbagaian kepandaian. Pelajar-pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi kemahiran, kepandaian, kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran 'Multiple Intelligence' telah diperkenalkan oleh Howard Gadner(1983) di dalam bukunya berjudul ' Frames of Mind' Teori ini telah membuka mata para akademik dan mulai memikirkan bahawa kecerdasan akal sebagai satu set dari kepelbagaian kebolehan dan kemahiran. Ini membantu seseorang individu faham, memeriksa dan respon kepada bayak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat 7 jenis kecerdasan yang mungkin ada pada individu-individu iaitu

anggota badan/kinetik
interpersonel
intrapersonel
logikal/matematikal
musikal/rentak
verbal/linguistik
semulajadi
visual/spartial

Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic)

Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat.

Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

Interpersonal

Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain

Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Logical/Mathematical

Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Musikal/rentak(Musical/Rhythmic)

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik.

Verbal/Linguistic

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

Visual/Spatial

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Teori Pembelajaran"

Post a Comment